//Biology Awesome
Navigations

Diary

Science Life

DarLinks Scientist

Scientist Diaries




Asas 7:Meiosis ? Apa benda tu
Tuesday, April 24, 2012 ? 4 Atashinchi ?
Assalamualaikum :)
Fuyoo , post kedua untuk hari ni . Hahaha .
K . Let's start :D

Meiosis adalah salah satu cara sel untuk mengalami pembelahan. Ciri pembelahan secara meiosis adalah:

* Terjadi di sel kelamin
* Jumlah sel anaknya 4
* Jumlah kromosen 1/2 induknya
* Pembelahan terjadi 2 kali

 Meiosis ada dua Fasa .

MEIOSIS I

--> Sel induk
-->Setiap kromosom mengalami penduaan dan membentuk sepasang kromatid yang terikat pada sentromer.
-->Kromosom homolog berpasangan. Pindah silang berlaku iaitu pertukaran maklumat genetik antara kromosom homolog.
-->Kromosom homolog berpisah.
-->Sitoplasma membahagi.

MEIOSIS II

--> Kromosom tersusun disatah khatulistiwa
-->Sentromer membelah dua dan kromosom bergerak ke kutub sel yang bertentangan (pengutuban). Sitoplasma membahagi.
-->Empat sel anak yang tidak serupa terbentuk (gamet).



*Gambar masa kecik-2 . Haha . Tk ada gigi . Peace*



Thanks for reading :)


Asas 6: Mitosis tidak terkawal!!
Monday, April 23, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamualaikum .
Hari ni saya berusaha nak siapkan semua kerja saya tertangguh . 
Jyeahh . K 


Nampak tak gambar kat atas ?
Gerun tk ?
Huhu .
Takut laa :(

Let's start .
Tu sebenarnya kanser serviks . 
Juga lebih kenali dengan kanser pangkal rahim atau barah pangkal rahim .
Ni adalah cerita dari keratan akhbar metro :)

Sumber: Harian Metro
BARAH pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser servik adalah barah ketiga paling tinggi menyerang wanita di negara ini. Antara faktor risiko penyakit barah pangkal rahim disebabkan kehadiran antibodi kepada human papilloma virus (HPV), kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genital wart).
Di Malaysia, masih ramai wanita yang kurang mengambil berat mengenai kanser pangkal rahim sedangkan ia perlu pencegahan awal iaitu pada usia meningkat remaja. Justeru, bagi terus menimbulkan kesedaran terhadap penyakit itu, Persatuan Barah Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan sokongan GlaxoSmithKline, menganjurkan Kempen Cegah Barah Rahim Dengan Bergaya Bersama Rakan Karib.
Ia adalah lanjutan kempen Power Over Cervical Cancer (POCC) yang dilancarkan pada Julai 2009, dengan matlamat mewujudkan kesedaran berkekalan mengenai pangkal rahim dan pada masa sama, menggalakkan wanita berbincang dengan pakar kesihatan serta mendapatkan perlindungan.
Ketua Eksekutif dan Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram berkata, masih ramai wanita tidak mengetahui mengenai penyakit kanser pangkal rahim.
“Kanser pangkal rahim adalah penyakit ketiga tertinggi menyerang wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Jika dibiarkan, boleh menjejaskan kerjaya dan keluarga.
“Di Asia Pasifik, penyakit ini membunuh wanita setiap empat minit. Malangnya, masih ramai yang tidak mendapat kesedaran dengan membuat pemeriksaan kesihatan awal mencegahnya,” katanya selepas merasmikan kempen itu, baru-baru ini.
Bekas pesakit, Genevieve Sambhi, 37, berkata dia tidak pernah menyangka akan mendapat penyakit kanser servik disebabkan tiada siapa dalam keluarganya menghidapi penyakit itu.
“Saya mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak minum arak dan berjoging setiap hari. Saya juga tidak pernah berasa sakit sehinggalah disahkan menghidap kanser itu pada April 2009.
“Saat diberitahu mengenainya, saya hanya memikirkan mati. Saya juga seakan mahu putus asa untuk hidup dan tidak dapat bayangkan jika keluarga, anak dan kawan tiada di sisi menyokong,” katanya yang sudah pulih daripada penyakit itu.
Tambah Genevieve, tiada simptom yang dapat mengesan seseorang itu mempunyai kanser pangkal rahim. Disebabkan itu, setiap wanita digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear sebagai langkah pencegahan.
“Kepada wanita yang disahkan menghidap kanser pangkal rahim, dinasihatkan supaya terus kuat melawan penyakit itu dan tidak mudah putus asa. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor secara berterusan,” katanya.
Sebab terjadi?
Ia disebabkan virus HPA yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini daripada menjangkiti wanita tetapi bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh daripada kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35 hingga 55 tahun.
Tanda dan gejala
1. Pendarahan ketika melakukan hubungan seks.
2. Pendarahan pada pertengahan bulan.
3. Pendarahan selepas menopaus.
4. Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj.
5. Sakit ketika melakukan hubungan seks.
Wanita berisiko mendapat kanser serviks?1. Mempunyai lebih daripada seorang pasangan.
2. Mula aktif hubungan seks sebelum usia 18 tahun.
3. Mengalami jangkitan kuman seperti sifilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV.
4. Kurang daya tahan imun.
5. Merokok.
Apa yang akan doktor lakukan sekiranya dikesan mempunyai kanser serviks?
Ujian Pap smear:
 Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan hantar ke makmal. Ujian ini akan mengesan sebarang keganjilan pada serviks seperti sel prabarah. Ujian ini digalakkan dilakukan setiap tahun bagi mengesan kanser peringkat awal yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang spesifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebab utama kanser pangkal rahim.
Colposcopy:
Doktor akan menggunakan mikroskop khas untuk memeriksa pangkal rahim. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar ke makmal. Kadangkala biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah merebak lebih dalam.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada tahap kanser berkenaan dan sejauh mana ia merebak. Sekiranya masih pada peringkat awal, pembedahan buang rahim disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak ke organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Cara mencegah?Anda boleh mengurangkan risiko dihidapi kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, maka penggunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Kurangkan HPV dengan
1. Berhubungan seks dengan seorang pasangan.
2. Elakkan hubungan seks pada usia muda.
3. Tidak merokok.
4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
5. Suntikan vaksin.
Vaksin terhadap HPV
Kini terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakan strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis semuda usia 13 tahun digalakkan mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70 peratus jangkitan HPV dan lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual. Ia turut disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Di manakah boleh mendapatkan suntikan vaksin ini? Vaksin boleh didapati di klinik pakar berdekatan.

Semoga dapat dijadikan iktibar . Sekian :)



Thanks for reading :)


Mitosis ? Apa benda tu ?
Assalamualaikum :)
Okay kita sambung lagi .
Aktiviti 5 .

Lets start now :)
Mitosis dibezakan atas beberapa fasa, iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa.

1.PROFASA


  • terjadi perubahan pada nukleus dan sitoplasma.
  • kromatin menebal dan memendek membentuk kromosom 
  • Tiap lengan kromosom, berduplikasi membentuk dua kromatid (kromatid kembar) yang terikat pada sentromer.
  • nukleolus dan membran nukleus menghilang 
  • terbentuklah spindel (gelendong pembelahan yang terdiri atas mikrotubula dan protein) 
  •  kromosom-kromosom yang dobel dan memanjang itu menempatkan diri di bidang ekuator dari sel

2.METAFASA

  • kromosom dan mempelajari morfologinya, kerana kromosom-kromosom tersebar di bidang tengah dari sel.
  • sentromer dari kromosom-kromosom double longitud terletak di bidang ekuator dari sel.

3.ANAFASA

  • sentromer membelah dan kedua buah kromatid memisahkan diri dan bergerak menuju ke kutub sel dari spindel yang berlawanan
  • Tiap kromatid hasil pembelahan itu memiliki sifat keturunan yang sama
  • kromosom-kromosom tersebut berlaku sebagai kromosom baru.


4.TELOFASA

  • Kromosom menjadi bebenang halus.
  • Gentian gelendung menghilang.
  • Nukleolus dan membrane nukleus membentuk semula.
  • Sitokinesis bermula.
  • Setiap kromatid menjadi kromosom bagi sel baru.
  • Mitosis berakhir dengan dua sel anak di hasilkan.

Maklumat maklumat saya dapat dari :)
http://www.biologycorner.com
http://blog.lib.umn.edu
http://thescienceupdate.blogspot.com
http://chewonshorties.blogspot.com
  http://commons.wikimedia.org

Komik mengenai MITOSIS


Comel je komik ni :)
Sekian .








Thanks for reading :)


Menganalisis perbezaan bahagian kromosom, kitar sel dan sitokinesis
Apa itu Kromosom, Kromatid dan Kromatin?



1. Kromosom adalah suatu struktur makromolekul yang berisi DNA di mana informasi genetik dalam sel disimpan


2. Kromatid adalah salah satu dari dua lengan hasil replikasi kromosom.



3. Kromatin adalah kompleks dari asam deoksiribonukleat, protein histon dan protein non histon yang ditemukan pada inti sel eukariota



Kitaran sel adalah satu proses di mana sel membesar dan membahagi untuk mewujudkan satu salinan itu sendiri . Untuk maklumat anda sesetengah organisma mebiak melalui satu kitaran sel dan dalam organisma kompleks multisel . Proses sitokinesis




Sitokinesis pada Tumbuhan berbeza dengan sitokinesis pada haiwan. Pada saat telofasa, sel tumbuhan menghasilkan vesikel yang dibentuk dari aparatus golgi, berpindah ke tengah-tengah sel dan kemudian bersatu menghasilkan plat sel. Kemudian bahan dinding sel yang dibawa dalam vesikel berkumpul pada plat sel. Pelat sel akan membesar dan diikuti bergabungnya membran di sekeliling plasma sel, sehingga dihasilkan dua sel anak yang lengkap dengan membran sel masing-masing.

Sekian :)



Thanks for reading :)


Kromosom . Macam pernah dengar ?
Wednesday, April 11, 2012 ? 2 Atashinchi ?
Assalamualaikum :)
Kini kita kembali lagi dengan Chef Wan .
Bhahaha . Okay joking -.-'

Apa itu kromosom ? Korang pernah dengar tak ?
Tak pernah ? Korang tidor eh time cikgu tengah ajar sains ? Aiyokk . Kantoi . Haha
Okay . Stop merepek . Let's start .

-> Kromosom adalah struktur makromolekul yang berisi DNA yang mempunyai informasi genetik dalam sel disimpan
-> Kromosom berasal dari kata khroma yang bererti warna dan soma . Bererti badan kromosom terdiri diatas dua bahagian iaitu sentromer dan kinethor yang merupakan pusat kromosom yang berbentuk bulat dan lengan kromosom yang mengandungi kronomena dan gen yang berpasangan .
-> Terdapat kromosom diploid dan haploid 


Sel Diploid : Terbentuk dari fertilisasi sel-sel yang haploid . Sel-sel haploid melebur sehingga kromosom-kromosom bercampur dalam satu sel membentuk sel diploid . (2n)
Sel Haploid : Satu set kromosom pada sel kelamin adalah haploid 

*picture with my older sister. Sama tak ? Haha*

Bilangan kromosom :

1.Manusia (46)

2.Kucing (38) 

3.Katak (26)

4.Bawang (16)


5.Kubis (18)


Sekian :)








Thanks for reading :)




Older Post